Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006


Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 adalah suatu siri pertandingan kelayakan yang dianjurkan oleh enam gabungan FIFA. Sebanyak 197 pasukan memasuki proses kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2006, bersaing untuk sejumlah 32 tempat dalam kejohanan akhir. Jerman, sebagai tuan rumah, layak secara automatik, meninggalkan 31 tempat terbuka untuk pertandingan. Bermula dengan kelayakan ini, juara bertahan (Brazil) tidak diberikan kelayakan automatik untuk kali pertama, sebagai mana prestasi mengecewakan dan penyingkiran Perancis di pusingan pertama kejohanan sebelumnya dianggap kerana kekurangan penyediaan dalam menghadapi kelayakan. [perlu rujukan] Pengagihan akhir adalah seperti berikut.:Setiap 0,5 menunjukkan tempat dalam perlawanan antara konfederasi untuk dua tempat terakhir, iaitu play-off antara AFC dan CONCACAF dan antara CONMEBOL dan OFC.Sebanyak 194 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Seramai 847 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 2464 gol dijaringkan (purata 2.91 setiap perlawanan).

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006

Jumlah perlawanan 847
Penjaring terbanyak Jared Borgetti
(14 gol)
Pasukan 197 (dari 6 konfederasi)
Jaringan gol 2464 (2.91 per perlawanan)